UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN SCRABBLE PESTA PSKPP PERINGKAT NEGERI SARAWAK KE – 32 TAHUN 2012



1.       Pendaftaran Pemain
          1.1     Setiap bahagian hanya boleh menghantar satu pasukan sahaja;
1.2    Satu pasukan mesti mempunyai 16 orang pemain ( termasuk 2 pemain simpanan, jika perlu );
1.3    Dalam satu pertandingan, tiap-tiap pasukan mesti mempunyai sekurang-kurangnya empat pasang pemain;
1.4    Tiap-tiap pemain hanya boleh menyertai satu permainan bagi setiap perlawanan, iaitu pemain pasangan tidak boleh menyertai di dalam pasangan seterusnya.

2.       Sistem Pertandingan
          2.1     Pertandingan ini akan dijalankan secara liga dalam kumpulan dan sistem mata;
2.2     Setiap pasukan yang menang dalam satu-satu perlawanan akan memperolehi satu mata dan tiada pemberian mata unutk pasukan yang tewas;
2.3     Jikalau ada 2 atau lebih pasukan yang sama rata atau seri, pasukan yang menang akan ditentukan melalui jumlah permainan yang dimenangi keseluruhnnya;
2.4     Jika pemenang masih tidak dapat tetentukan ( melalu perkara 2.3 di atas ), pasukan yang memperolehi lebih banyak markah dalam semua perlawanan akan diisytiharkan sebagai pemenang.

3.       Penghakiman Pertandingan
3.1     Panel Hakim akan dianggotai oleh semua ketua pasukan.   Ketua Panel Hakim ialah Ketua Hakim Pertandingan PSKPP 2011;
3.2     Panel Hakim mempunyai kuasa muktamad dalam menyelesaikan sebarang perkara yang dipertikaikan dalam permainan / pertandingan.

4.       Pelaksanaan dan Penyeliaan Pertandingan
4.1     Empat / Enam pasukan akan bermain serentak pada satu-satu masa ( bergantung kepada bilangan pasukan );
4.2     Semua ahli pasukan yang tidak bermain akan bertugas sebagai pencatat markah dan penjaga masa;
4.3     Setiap pemain diberi masa 1 minit untuk siap membuat perkataan pada papan scrabble.   Penjaga masa akan memberitahu pemain 10 saat lebih awal sebelum masa 1 minit itu tamat.

5.       Cara Bermain
5.1     Pusingan permainan ialah mengikut arah lawan pusingan jam ( anti-clockwise ).   ‘Tiles’ mestilah diambil satu demi satu dan pada aras mata;
5.2     Perkataan yang belum siap dibuat tidak boleh disambung lagi apabila masa sudah tamat;
5.3    Pemain boleh menukar perkataan yang telah dibuat ( jikalau mahu ) sekiranya masa masih ada;
5.4     Pemain yang mendapat tiga ‘tiles’ yang berhuruf sama boleh menukar satu daripadanya.   Pemain dikehendaki memberitahun penjaga masa mengenai hal ini.



6.       Markah Bonus
6.1     50 markah bonus akan diberi kepada pemain yang berjaya menggunakan kesemua 7 tile untuk membuat perkataan ( yang betul / boleh diterima ).

7.       Cabaran dan Rujukan Kamus
7.1     Perkataan-perkataan berikut seperti SLANG, PROPER NOUN, ABBREVIATION INTERJECTION, COLLOQUIAL, INFORMAL, ARCHAIC dan OLD ENGLISH tidak boleh digunakan dalam pertandingan ini;
7.2     Kamus yang digunkan dalam pertandingan ini ialah CAMBRIDGE ADVANCE LEARNER DICTIONARY (3rd Edition) dan OXFORD CONCISE DICTIONARY (11th Edition)sahaja. (CAMBRIDGE ADVANCE LEARNER’S DICTIONARY 3rd Edition digunakan untuk menentukan samada ‘noun’ itu ‘countable’ atau ‘uncountable’)
7.3     Perkataan yang dicabar oleh pasukan lawan akan dirujuk ( oleh pencatat markah dan penjaga masa ) dalam kamus-kamus seperti yang tersebut di dalam perenggan 7.2 di atas.
7.3.1  Jikalau perkataan yang dicabar itu ada dan boleh digunakan, lima ( 5 ) markah akan ditolak daripada markah pencabar;
7.3.2  Jikalau perkataan itu tidak ada / tetapi tidak boleh digunakan, maka pemain yang berkenaan ( current player ) akan hilang gilirannya bermain ( miss his/her turn ).
7.4     Pasangan pemain tidak boleh berhubung atau berbincang semasa pertandingan dijalankan.   Mereka hanya boleh berhubung atau berbincang semasa hendak membuat cabaran ( challenge ) dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Malaysia.

8.       Perkara lain
8.1     Setiap bahagian yang menyertai pertandingan ini dikehendaki membawa bersama 3 set Scrabble Board dan 3 ‘Stop Watch’ semasa giliran bermain dan mengambil balik selepas sesi permainan tersebut.;
          8.2     Semua pemain dikehendaki berpakaian kemas semasa bertanding.

9.       Pembatalan ( ‘Walk Over’ )
9.1     Tiap-tiap pasukan mestilah berada di gelanggang setengah jam sebelum masa yang telah ditetapkan untuk perlawanan;
9.2     Pasukan yang lewat 15 minit selepas masa yang dijadualkan tanpa sebab yang munasbah akan dianggap sebagai telah memberi kemenangan percuma kepada pihak lawan yang hadir;
9.3     Pasukan yang memberi kemenangan percuma dianggap telah menarik diri dari pertandingan dan tidak dibenarkan menyertai perlawanan-perlawanan yang seterusnya.

10.     Pertukaran Pemain
10.1    Pertukaran / Penambahan pemain boleh dilakukan semasa mesyuarat Pengurus Pasukan;
          10.2    Selepas itu, segala pertukaran / penambahan tidak akan dibenarkan.

11.     Hakim
          11.1    Setiap pasukan mestilah menyediakan seseorang Panel Hakim.

12.     Bantahan
12.1    Bantahan bertulis yang telah ditandatangani oleh pengurus pasukan hendaklah diserahkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengelola tidak lebih dari 30 minit selepas perlawanan.
12.2    Tiap-tiap bantahan hendaklah disertakan dengan wang tunai sebanayak RM 200.00 ( Ringgit Malaysia  :  Dua Ratus Sahaja ) yang tidak akan dikembalikan jika sekiranya didapati bantahan itu tidak berasas dan keputusan juri adalah muktamad.

13.     Perkara Lain
13.1    Jawatankuasa Pengelola Pertandingan mempunyai hak untuk mengambil sebarang keputusan jika timbul sesuatu kemusykilan dalam pertandingan ini yang tidak dinyatakan dalam peraturan pertandingan ini dan berhak meminda sebarang undang-undang pertandingan jika didapati perlu;
13.2    Tiap-tiap perlawanan akan dijalankan mengikut masa yang telah ditetapkan dan pihak Jawatankuasa Pengelola berhak meminda susunan perlawanan, jika perlu dan akan diberitahun kepada pengurus pasukan masing-masing secepat mungkin.
13.3    Disiplin dan kebajikan ahli pasukan adalah tanggungjawab pengurus pasukan masing-masing dan diharap semua pengurus pasukan akan memberi kerjasama dan sokongan kepada pihak Pengelola Pertandingan supaya pertandingan ini boleh dijalankan dengan lancar dan berkesan.